PRN: 7,500 pegawai, anggota polis bertugas di Selangor  - Utusan Malaysia

PRN: 7,500 pegawai, anggota polis bertugas di Selangor 

Polis Selangor
HUSSEIN Omar Khan ditemui pada Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 50 peratus atau 7,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, jumlah itu meliputi keseluruhan seramai 15,000 warga kontinjen berkenaan di seluruh negeri ini terutama ketika tarikh penamaan calon, kempen dan hari mengundi.

“Kita sememangnya sudah membuat persiapan rapi sejak bulan lalu berkaitan kawalan sebelum dan selepas pilihan raya tersebut.

“Namun, kita akan memperketatkan lagi persediaan dan mengemas kini tugasan sedia ada ketika ini yang merangkumi 50 peratus keanggotaan,” katanya ketika ditemui pada Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor, hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan Jumaat lalu sekali gus memberi laluan kepada PRN selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.

Jelas Hussein, pihaknya turut menerima bantuan daripada kontinjen negeri lain yang tidak terlibat dengan PRN.

“Kita ketika ini mempunyai masa mencukupi bagi persediaan rapi melibatkan kawalan di semua DUN di Selangor. Selain penugasan, kesiapsiagaan itu meliputi aspek aset dan sumber manusia yang dalam keadaan baik setakat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan status kerusi-kerusi panas yang dikenal pasti dan akan mengumumkan perkara itu nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya