Polis tahan pengendali akaun Facebook JDT Fans Club

Polis tahan pengendali akaun Facebook JDT Fans Club hina Sultan Johor

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club selepas membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada Jumaat di Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, turut dirampas telefon bimbit dan kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. 

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek telah direman tiga hari sehingga Isnin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa, raja hingga menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN