Polis Pulau Pinang siap sedia hadapi PRN - Utusan Malaysia

Polis Pulau Pinang siap sedia hadapi PRN

KHAW Kok Chin (duduk, tiga,kanan) semasa mengadakan lawatan kerja ke IPD SPT, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lebih 6,000 pegawai dan anggota polis negeri ini akan bertugas sepanjang proses PRN itu nanti.

Jelas beliau, pihaknya turut akan memohon elemen bantuan daripada Bukit Aman serta kontinjen lain bagi membantu anggota sedia ada di negeri ini jika perlu.

“Setakat ini, kekuatan kita menghadapi PRN adalah lebih 6,000 anggota dan kalau perlu, kita akan minta bantuan kontinjen lain.

“Kita memang telah buat persiapan untuk menghadapi PRN bermula daripada proses penamaan calon, kempen, undi awal, hari pengundian serta pasca PRN.

“Secara umumnya, kita di Kontinjen Pulau Pinang sudah bersedia bagi menghadapi PRN,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Kok Chin berkata, Op Cantas juga akan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sepanjang PRN bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kekecohan.

“Op Cantas akan dijalankan supaya tindakan awal dilakukan ke atas sesuatu yang kita fikir boleh mencetuskan kekecohan.

“Selain itu, terdapat juga bantuan daripada pasukan pemantau udara menggunakan helikopter dan dron, pasukan Light Strike Force (LSF), pasukan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan pasukan lain termasuk pasukan pencegahan jenayah untuk negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap dan menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya proses PRN nanti berlangsung dengan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya