Polis Perak sedia bantu negeri jiran hadapi PRN - Utusan Malaysia

Polis Perak sedia bantu negeri jiran hadapi PRN

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) dalam sidang akhbar mengenai rampasan dadah di IPK Perak hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak sedia menggerakkan pegawai dan anggotanya ke negeri jiran, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka tidak lama lagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah keanggotaan yang terlibat dalam penugasan itu bagaimanapun bergantung kepada kekuatan yang ada di dalam negeri.

“Kita baru dapat arahan pucuk pimpinan di Bukit Aman untuk memberi bantuan kepada negeri-negeri jiran seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

“Jumlah anggota bergantung kepada kekuatan dan lebihan yang kita ada. Kita akan beri mengikut arahan daripada pucuk pimpinan Bukit Aman, setakat ini tiada anggaran (jumlah anggota) lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Bahang PRN semakin hangat selepas Kelantan menjadi negeri pertama yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu diikuti Selangor sehari selepas itu.

Tiga DUN lain iaitu Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah pula secara rasmi dibubarkan hari ini manakala Negeri Sembilan pula akan dibubarkan pada 1 Julai depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya