PN sahkan bertanding 245 kerusi di enam negeri - Utusan Malaysia

PN sahkan bertanding 245 kerusi di enam negeri

MUHYIDDIN Yassin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PN. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) mengesahkan gabungan parti itu akan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pecahan jumlah tersebut adalah 36 kerusi di Kedah, 45 di Kelantan, Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56), Negeri Sembilan (36).

Beliau berkata, jumlah yang ditandingi oleh Bersatu ialah sebanyak 83 kerusi, Pas dengan 126 kerusi dan Gerakan (36 kerusi).

“Jumlah kerusi baharu bukan penyandang yang bakal ditandingi oleh anggota PN iaitu Bersatu sejumlah 64 kerusi, Pas sejumlah 50 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi.

“PN ingin memaklumkan jentera pilihan raya PN di peringkat negeri-negeri ketika ini adalah di tahap tertinggi dan komited dalam gerak kerja menghadapi PRN dalam mempertahan tiga negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan menawan tiga negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan).

“PN komited untuk menjunjung keluhuran
 perlembagaan, membela kebajikan rakyat dan memacu kemajuan ekonomi menerusi pembentukan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang akhbar PN di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Selain itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya masih belum memutuskan senarai calon yang akan bertanding di kesemua kerusi yang dipertandingkan.

“Kami belum muktamadkan nama calon, tapi mereka nama-nama besar belaka. Sebahagian besar mereka sudah pun memegang kerusi penting tetapi yang untuk yang lain (nama calon) mungkin akan diumumkan di peringkat negeri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung penggunaan logo semasa PRN, PN menetapkan di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas manakala empat negeri lain menggunakan logo PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya