PM bakal bertemu Imam Al-Aqsa di Seri Perdana

PM bakal bertemu Imam Al-Aqsa di Seri Perdana

ANWAR Ibrahim pernah bertemu Sheikh Ekrima Said Sabri di pejabatnya di Putrajaya pada 7 November 2022. - FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri di Seri Perdana, lewat petang hari ini bersempena penganjuran Majlis Ilmu Madani.

Program dilakukan secara tertutup itu pula kebetulan berlangsung selepas tamat Kongres Palestin Sedunia 2023 yang julung kali diadakan di negara ini semalam dianjurkan Barisan Bertindak Keadilan untuk Palestin yang dibentuk pada 18 Julai 2021.

Anwar pernah bertemu Ekrima di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini pada 7 November 2022 sebelum ulama Baitulmaqdis itu menghadiri sesi dialog dikelolakan pihak MyAqsa Defenders dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Bekas Mufti Besar Palestin itu dijangka berkongsi perkembangan terbaharu isu melibatkan masjid ketiga paling suci umat Islam tersebut selain senario semasa Baitulmaqdis susulan pendedahan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengenai rang undang-undang pembahagian Al-Aqsa yang dibahas Parlimen Israel.

Rejim Zionis dipercayai berniat jahat mahu memisahkan kompleks masjid itu kepada zon sembahyang khas penganut Yahudi, manakala Muslim diperuntukkan hanya ruang kecil.

Malaysia dengan 25 lagi negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selain Cuba, Korea Utara dan Venezuela tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Walau bagaimanapun, umat Islam dan penganut Kristian negara ini yang mahu memasuki Palestin menerusi Israel perlu mendapatkan kebenaran khas Jabatan Imigresen Malaysia.

Setiap tahun, ribuan warga Malaysia menziarahi Masjid Al-Aqsa serta Gereja Nativity, iaitu tempat kelahiran Nabi Isa dengan harus melalui pemeriksaan ketat pihak tentera Zionis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya