Pesta Laksa Kuale tampil laksa 9 negeri - Utusan Malaysia

Pesta Laksa Kuale tampil laksa 9 negeri

RAJA Nazhatul Shima Sultan Idris Shah berkenan melawat gerai laksa sempena Pesta Laksa Kuale di Kuala Kangsar. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sembilan negeri termasuk Perak yang menampilkan juadah laksa daripada negeri masing-ma­sing menyertai Pesta Laksa Kuale selama dua hari di sini yang bermula kelmarin.

Pengerusi Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pem­ba­ngunan Koridor nege­ri, Loh Sze Yee berkata, program itu berjaya menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang mengambil peluang merasai laksa yang berbeza melibatkan sembilan negeri terbabit.

“Pesta Laksa Kuale ini bakal menjadi acara tahunan kerana ia mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke ne­geri ini terutama Tahun Melawat Perak 2024.

“Ini merupakan langkah-langkah permulaan kita da­lam memajukan industri pe­lanco­ngan negeri teruta­manya di Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar di sini.

Majlis perasmian disempurnakan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah.

Menurut Sze Yee, dalam pesta itu, selain menikmati pelbagai juadah, secara tidak langsung, ia dapat merapatkan ikatan silaturahim dan menambah kenalan daripada pelbagai negeri seperti Sela­ngor, Sarawak dan sebagainya.

Menurutnya, pesta seperti itu jika dilaksanakan secara besar-besaran dapat memberi impak yang besar kepada pengusaha sekali gus menjana pendapatan mereka.

Sementara itu, bagi peniaga laksa Sarawak, Jamaiyah Sulaiman, 55, Pesta Laksa Kuale itu dapat menjadi satu platform bagi peniaga memperkenalkan juadah laksa negerinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya