Pesakit tempuh pelbagai cabaran hendak jumpa doktor pakar

Pesakit tempuh pelbagai cabaran hendak jumpa doktor pakar

HOSPITAL TENOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Berulang-alik mendapatkan rawatan susulan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) sudah menjadi rutin bagi Asneh Bakri, 68, selepas menjalani pembedahan kanser rahim kira-kira 10 tahun lalu.

Pesakit yang tinggal jauh di pedalaman Sabah itu terpaksa menaiki kenderaan sejauh 147 kilometer dari Tenom ke HQE, Kota Kinabalu untuk janji temu dengan doktor pakar.

Menurutnya selepas menjalani pembedahan pada 2013, dia terpaksa ke Kota Kinabalu sekali dalam tempoh sebulan untuk rawatan susulan dan berjumpa doktor pakar. Rutin rawatan susulan setiap bulan itu berterusan selama tempoh setahun.

Selepas itu, rawatan susulan menjadi sekali dalam tempoh tiga bulan dan sekarang, sekali dalam tempoh enam bulan.

Menurut Asneh, biarpun janji temu dengan doktor pakar tidak sekerap dahulu namun masih ada kos pengangkutan dan penginapan yang perlu ditanggung.

“Biasanya suami saya akan memandu kerana kami mempunyai kenderaan sendiri, jadi pergerakan agak mudah untuk ke hospital.

“Tetapi kos minyak sahaja mencecah RM100 bagi perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aseh berkata, mereka bukan hanya perlu fikirkan kos perjalanan tetapi juga risiko keselamatan sepanjang perjalanan kerana laluan dari Tenom ke Kota Kinabalu yang berbukit-bukau.

Katanya, sekiranya Hospital Tenom mempunyai doktor pakar maka pesakit yang perlu rawatan susulan sepertinya tidak perlu lagi ke hospital di Kota Kinabalu mahupun di Ke­ningau.

Sementara itu, Ketua Kampung Gelam-Gelam di Pulau Bum Bum Semporna, Mohd. Yunus Madjirin berkata, tinggal di kawasan pulau yang hanya dilengkapi dengan klinik kesihatan menyebabkan penduduk di pulau itu meredah lautan bergelora untuk ke hospital daerah mahupun ke Hospital Tawau.

Katanya, biarpun fasiliti kesihatan di Hospital Semporna sudah bertambah baik berbanding 10 tahun dahulu namun hospital itu masih tidak mempunyai doktor pakar.

Maka sekiranya pesakit ingin bertemu doktor pakar, mereka perlu ke Hospital Tawau yang terletak kira-kira 107 kilometer atau sejam perjalanan.

“Mungkin sudah tiba masa untuk Kementerian Kesihatan menempatkan doktor-doktor pakar di hospital yang berada di kawasan luar bandar bagi membolehkan rakyat menerima kemudahan kesihatan yang lebih baik.

“Pada masa sama, kemudahan Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum juga perlu dinaik taraf agar dapat memberi kemudahan kesi­hatan yang lebih baik kepada penduduk di 58 buah kampung di pulau berkenaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya