Peruntukan tambahan RM500 juta selesai masalah air Kelantan

Peruntukan tambahan RM500 juta selesai masalah air Kelantan

ANWAR Ibrahim melambaikan tangan kepada pelajar yang hadir sebelum pulang dari Majlis Temu Anwar di UMK, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan segera RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah hasil perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri sebelum ini. 

Menurutnya, bantuan itu adalah keperluan rakyat yang sering membangkitkan isu air bersih yang merupakan keperluan utama kehidupan.

“Kita (Kerajaan Persekutuan) berbincang dengan Kerajaan Negeri Kelantan untuk atasi masalah air bersih yang menjadi rungutan rakyat. Apa pun, saya cakap hendak minta dalam kadar yang banyak, sangat tidak boleh. 

“Jadi kita mulakan projek tetapi perlu dikendalikan secara bersama. Tatacara pengurusan mesti  mengikut saluran yang betul,” katanya ketika berucap pada Program ‘Temu Anwar Kelantan’ di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Majlis yang berkonsepkan soal jawab bersama siswa itu yang dihadiri lebih 5,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Kelantan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu bermula tahun ini.

Menurutnya, peruntukan yang disalurkan itu akan dilakukan secara tata kelola dan terus manakala dari segi operasi akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya