Perundangan, struktur cukai dagangan karbon giat dibincang

Perundangan, struktur cukai dagangan karbon giat dibincang – Fadillah Yusof 

FADILLAH Yusof (kiri) memotong daging lembu di Majlis Ibadah Korban Wanita Cawangan N6 Tupong di Surau Darul Fadzillah, Gita Laut, Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang giat berbincang bagi mewujudkan perundangan berhubung perdagangan karbon. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara yang dibincangkan adalah melibatkan struktur cukai yang boleh diguna pakai dalam industri dagangan karbon. 

“Di peringkat persekutuan juga, kita sedang membincangkan untuk mewujudkan perundangan dan struktur cukai berhubung kait dengan karbon perdagangan ini.

“Perbincangan antara dua kementerian (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) serta (Kementerian Perladangan dan Komoditi) sudah bermula, malah di peringkat Kabinet juga sudah bawa untuk dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mengklasifikasikan karbon sebagai komoditi dan perdagangan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. 

Fadillah berkata, pelbagai usaha untuk membawa perubahan dalam industri berkenaan dijalankan, malah perdagangan karbon sudah dimasukkan dalam Bursa Malaysia di bawah Bursa Carbon Exchange (BCX).

‘Dari segi undang-undang atau bidang kuasa, ia terletak di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang berada di bawah Nik Nazmi Nik Ahmad,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan usaha itu mengambil sedikit masa disebabkan perubahan struktur perundangan dan dasar yang perlu digubal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya