Perlu RM1 bilion baiki tandas sekolah - PM

Perlu RM1 bilion baiki tandas sekolah – PM

ANWAR Ibrahim menyampaikan amanat kepada mahasiswa pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pendidikan tinggi di UKM, Bangi, Selangor. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kerajaan memerlukan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk memperbaiki tandas sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan tinjauan di beberapa buah sekolah dalam beberapa bulan lalu.

“Hutang banyak tapi sekolah tandas tak baiki, banyak sekolah tandas teruk. 

“Saya minta Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan), tinjau semua tandas sekolah, dia kata perlu RM1 bilion. Kita sediakan,” katanya dalam Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pendidikan tinggi.

Beliau sebaliknya menempelak kerajaan terdahulu yang tidak mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini anak kita guna. Ada sekolah 2,000 pelajar, enam tandas, empat rosak. Saya tak boleh terima ini. Kami baik di pedalaman atau bandar mesti dapat layanan baik, sekolah dapat tandas bersih. Itu memang dasar kita,” katanya.

Tambahnya, beliau mencari dana RM400 juta lagi untuk memperbaiki bangunan kerajaan lain.

“Klinik kesihatan rosak banyak. Sekarang pejabat polis daerah dalam keadaan daif, serta rumah penjawat awam. Jadi, tahun pertama ini saya kena cari RM1.4 bilion,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya