Perkemas dakwah zakat melalui media sosial - Utusan Malaysia

Perkemas dakwah zakat melalui media sosial

Zakat
SALEHUDDIN Abu Samah ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas Muzakarah Zakat Nusantara 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan melaksanakan pemantapan penyampaian dakwah dan penerangan mengenai kewajiban membayar zakat menerusi media sosialnya bagi memastikan rukun Islam ke empat itu difahami seluruh umat Islam.

Menurut Ketua Divisyen Dakwah & Syariah LZS, Salehuddin Abu Samah, dalam era media sosial hari ini umat Islam perlu diberi pemahaman bahawa zakat bukan setakat membayar zakat fitrah di bulan Ramadan semata-mata.

“Selain daripada fatwa antara benda penting dalam ibadah itu adalah kita hendak memberi kesedaran kepada umat Islam tentangnya.

“Untuk memberi kesedaran dakwah atau penerangan perlu sangat kuat, lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial ini seperti Tik Tok, Instagram yang viral. Khususnya Tik Tok, pusat atau institusi zakat hendak atau tidak mesti gunakan Tik Tok,” katanya dalam sidang akhbar Muzakarah Zakat Nusantara 2023, hari ini.

Beliau menambah, dakwah melalui media sosial berimpak tular perlu dipandu fatwa dan mestilah dengan kesungguhan dalam kalangan pengamal-pengamal atau orang yang terlibat dengan zakat untuk melaksanakannya dengan medium popular tersebut.

“Dakwah melalui ceramah di surau boleh diteruskan tetapi yang melibatkan media sosial ini patut dibangkitkan dan dibangunkan. Kena ada kerjasama yang jitu supaya penyampaiannya mudah difahami, apa itu zakat, kenapa kena bayar zakat pendapatan.

“Umat Islam perlu difahamkan zakat lain seperti saham dan lain-lain juga (perlu dibayar),”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya