Perhimpunan Agung Putra 25 Jun ini

Perhimpunan Agung Putra 25 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bakal mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan kali keempat pada 24 dan 25 Jun ini, di Hotel Grand Barakah, Ampang. 

Menurut poster dikongsi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali kepada media hari ini, persidangan itu akan bermula pukul 7.30 pagi. 

Jelasnya, kesemua perwakilan Putra, sayap-sayap Wira, Wiranita, Wirawati, pemerhati dan ahli Putra dijangka berkumpul pada hari yang bersejarah itu.  

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Perhimpunan Agung Tahunan Putra dan pemilihan pimpinan tertinggi yang bakal menyaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden masih tergantung apabila tiada sebarang tarikh ditetapkan.

Parti ketika itu masih berdepan kesukaran memilih tarikh dan lokasi yang sesuai untuk mengadakan pemilihan, manakala tarikh yang dijadual sebelum ini berdepan pelbagai kekangan sehingga mengakibatkan Putra terpaksa menangguhkan rancangannya. 

Sebelum ini, pimpinan parti dijadual mengadakan mesyuarat agung bahagian 7 Mac lalu dan telah selesai, pemilihan barisan kepimpinan pula pada 8 April ini diikuti persidangan perwakilan peringkat pusat pada 7 Mei lalu. 

Pemilihan parti mesti diadakan sebelum 31 Jun 2023 selaras peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). 

Mac lalu, Mahathir yang telah sah menyertai Putra dilaporkan bakal mengambil alih kepimpinan Putra dan dilantik sebagai Presiden menerusi ‘rombakan’ yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Perkara itu timbul selepas beliau diberi kad keahlian nombor satu dipegang Ibrahim semasa sidang akhbar Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat Putra, Tun Mahathir di Putrajaya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya