Perhilitan tangkap monyet ekoran laporan penduduk

Perhilitan tangkap monyet ekoran laporan penduduk

TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai penduduk merakam pekerja Perhilitan menangkap monyet di Batu Caves, Gombak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja menangkap monyet oleh Pejabat Perhilitan Hulu Selangor di sekitar Batu Caves, Gombak dilakukan berdasarkan aduan persatuan penduduk di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Ibu pejabat Polis Daerah Gombak telah terkesan dengan sebuah video berdurasi 52 saat yang tular di media sosial, memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan di kawasan tersebut. 

Katanya, pihak polis menerima satu laporan polis dibuat wanita warga tempatan berusia 34 tahun kira-kira 3.30 petang kelmarin, berkenaan kerja-kerja menangkap monyet liar yang telah merosakkan harta benda penduduk.

“Hasil siasatan mendapati kerja-kerja menangkap monyet tersebut dijalankan Pejabat Perhilitan Hulu Selangor di atas aduan oleh pihak persatuan penduduk.

“Ini kerana monyet-monyet liar telah mengganggu serta merosakkan harta benda penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh mengelirukan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Semalam tular dalam laman sosial video menunjukkan seorang lelaki mendakwa pihak Perhilitan tidak menunjukkan profesionalisme kerana menembak mati monyet. 

Bagaimanapun dalam video itu memaparkan pegawai tersebut sedang menjalankan tugas dan mendakwa menerima laporan daripada pihak pengurusan penduduk kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya