Perak FC tidak berhutang sebarang bayaran kepada sesiapa - Utusan Malaysia

Perak FC tidak berhutang sebarang bayaran kepada sesiapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC tidak berhutang sebarang bayaran kepada mana-mana pekerja, pemain atau jurulatih.

Begitu kata Pengerusi Kelab itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi ketika mengulas tuntutan bayaran baki bekas ketua jurulatih, Datuk Lim Teong kim yang mendakwa dipecat secara tidak adil.

“Saya ingin menjelaskan bahawa pihak kelab tidak menahan atau berhutang sebarang bayaran kepada mana-mana pekerja, pemain atau jurulatih sehingga kini,” tegasnya.

Menurut Abdul Azim, Teong Kim telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih dan perkara ini kini berada di pihak peguam kelab untuk diselesaikan.

Semalam, Teong Kim yang mendakwa pemecatannya pada 25 Mei lalu itu sebagai tidak sah membuat aduan di pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh.

Berikutan itu, Teong Kim menuntut apa juga bayaran yang terkandung dalam kontrak untuk selama 16 bulan.

Azim berkata, Perak FC tidak akan mengulas lanjut isu itu.

Abdul Azim mengucapkan selamat maju jaya kepada Teong Kim dalam segala urusan beliau di masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya