Penyeludup ulang-alik isi diesel dicekup - Utusan Malaysia

Penyeludup ulang-alik isi diesel dicekup

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa tong yang mengandungi minyak diesel selepas menahan sebuah kereta di tepi jalan Kampung Teratak Pulai, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Taktik licik seorang lelaki membuat isian minyak diesel secara berulang untuk tujuan menyeludup terbongkar selepas dicekup anggota pe­nguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Serbuan dilakukan di tepi jalan Kampung Teratak Pulai di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan pukul 6 pagi itu, penguat kuasa KDPN me­rampas 800 liter diesel yang disembunyikan di dalam tong sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun itu disyaki membuat pembelian bahan api tersebut secara berulang kali bagi tujuan penyelewengan.

Menurutnya, nilai rampasan diesel itu dianggarkan berjumlah RM1,720.

“Kejayaan itu hasil kerjasama pihak kami dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor dan unit kereta peronda Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

“KPDN Kelantan sentiasa bekerjasama dengan agensi pe­nguatkuasaan yang lain bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Azman memberitahu, pihak­nya berharap orang ramai dapat terus menyalurkan maklumat atau aduan berkait dengan penyelewengan barang kawalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya