TUMPAT: Sekumpulan penyeludup yang ‘ligat’ memunggah kotak-kotak minyak masak paket bersubsidi lari lintang-pukang selepas diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Jalan Wakaf King, Palekbang di sini kelmarin. Dalam serbuan pukul 12.55 tengah hari itu, KPDN Kelantan merampas 1,814 kilogram (kg) minyak masak paket yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran. Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota telah mengekori dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Kubang Kerian menghala ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya