Peniaga maut, putus kaki akibat kemalangan

Peniaga maut, putus kaki akibat kemalangan

SEORANG peniaga maut akibat kemalangan jalan raya membabitkan motosikalnya dan lori di Jalan Kalai-Jeniang di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kalai-Jeniang, kira-kira pukul 7 malam tadi.

Kejadian berhampiran Kampung Bukit Sejuk, Berona Kiri di sini turut menyebabkan mangsa, Zulfakri Ismail, 49, putus kaki kanan selain mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Masjid, Mukim Jeneri di Sik, manakala lori membawa muatan buah-buahan itu dari Kuala Nerang menghala ke Jeniang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan ketika melalui jalan berselekoh di situ.

“Pada masa sama sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa. Kesan pertembungan menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bawah lori,” katanya.

Tambahnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Keterangan pemandu lori terbabit telah diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya