Penerokaan tanaman lumut diperluaskan di kawasan lain Sarawak – Premier Abang Johari - Utusan Malaysia

Penerokaan tanaman lumut diperluaskan di kawasan lain Sarawak – Premier Abang Johari

ABANG Johari Tun Openg tiba di Majlis Jamuan Makan Bersama Komuniti sempena perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel ParkCity Everly.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Selepas berjaya menggunakan penanaman lumut bagi penghasilan bahan api penerbangan yang mapan pertama di dunia, Sarawak kini bersedia menerokai lebih banyak tumbuhan tersebut di kawasan lain di negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahan api berasaskan tumbuhan itu telah dilaksanakan melalui satu projek perintis yang dijalankan baru-baru ini, dan berjaya menghasilkan bahan api berasaskan lumut tanpa mengeluarkan karbon.

Justeru, beliau yakin Sarawak dapat menghasilkan bahan api untuk pesawat sekali gus menyarankan Bintulu menjadi sebahagian daripada kawasan penanaman lumut.

“Bukan Bintulu sahaja, malah kawasan lain pun boleh tanam lumut sebab syarat penanamannya pertama, mesti ada cahaya matahari, kedua, mesti ada karbon dan ketiga mesti ada air, ketiga-tiga ini mesti ada.

“Negeri lain mungkin menghadapi masalah dari segi karbon. Ini kerana kita boleh mengimport dan menyimpan karbon,” katanya semasa berucap pada Majlis Jamuan Makan Bersama Komuniti sempena perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel ParkCity Everly, di sini.

Sementara itu, Abang Johari menekankan kepentingan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak membolehkan generasi muda mengetengahkan idea-idea baharu bagi membangunkan Sarawak pada masa akan datang.

Pada masa yang sama beliau menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengiktiraf Sarawak sebagai negeri yang paling maju dalam ekonomi hijau berbanding negeri lain di Malaysia.

“Siapa tahu esok kita mungkin membina pesawat juga. Kita sudah mengeluarkan bahan api untuk pesawat, apa yang tinggal ialah mencipta pesawat.

“Inilah yang mungkin kita capai pada masa hadapan jika kita menjaga perpaduan kita,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya