Penempatan haram Pulau Meranti diserbu, 22 ditahan - Utusan Malaysia

Penempatan haram Pulau Meranti diserbu, 22 ditahan

WARGA asing yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen dekat kawasan penempatan haram Pulau Meranti, di Sepang, Selangor. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik-pemilik tanah di tapak penempatan ha­ram serta kebun sayur dan ladang ternakan dekat Kampung Pulau Meranti seluas kira-kira 23 hektar akan digempur berikutan membenarkan hartanah milik mereka didiami warga asing.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Imigresen), Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatannya akan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengenal pasti pemilik-pemilik tanah dalam radius 2.5 kilometer (km) itu yang boleh dikenakan tindakan.

“Kita akan buat semakan siapa pemilik tanah ini boleh dikenakan tindakan.

“Tetapi kita dapati mereka ini (warga asing) bekerja di kebun ini, mereka buat secara lot demi lot. Setiap lot ada orang tertentu yang uruskan. Berbeza-beza, tetapi pembekal akan berkumpul di sini dan (hasil pertanian) diedarkan ke luar,” katanya pada Operasi Penguatkuasaan Imigresen di Pulau Meranti, awal pagi semalam.

Beliau menambah, pemilik-pemilik tanah atau premis yang membenarkan pendatang asing­ tanpa izin (PATI) masuk dan tinggal di dalam hartanah milik mereka boleh dikenakan tindakan selaras Seksyen 55E Akta Imigresen 1959.

Terdahulu beliau bersama pasukan dari ibu pejabat Imigresen Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan menyerbu kawasan penempatan haram di lokasi berkenaan kira-kira pukul 2 pagi.

Dalam serbuan tersebut, seramai 22 orang warga asing terdiri daripada 17 warga Indonesia dan lima Bangladesh berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun ditahan.

Imigresen yang dibantu pa­sukan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN); Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemeriksaan lebih 30 buah rumah di penempatan haram tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Pulau Meranti di Puchong didakwa menjadi lokasi tumpuan PATI membina pe­nempatan haram dan berkebun.

Dalam pada itu Ruslin memaklumkan, 3,617 operasi dilakukan di seluruh negara sejak Januari hingga 6 Jun lalu dan 24,240 PATI ditangkap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya