KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas menganggap tindakan musuh politik menjadikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Hamzad Hashim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) oleh Mahkamah Pilihan Raya semalam sebagai modal politik merupakan isu kecil.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau percaya tindakan tersebut tidak akan berjaya memperoleh sokongan rakyat termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Menurutnya, keputusan mahkamah tersebut tidak menjejaskan pengaruh Pas kerana tidak ada imej negetif yang boleh dipalik kepada parti itu.
“Memang mnodal politik sentiasa berlaku, jadi saya fikir ini hanyalah merupakan isu yag kecil dan kalau pihak lawan kami ingin guna isu ini, mereka tidak akan berjaya memperoleh undi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pas Negeri Terengganu di Rusila di sini, malam tadi.
Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli memberitahu, Pas tetap menghormati keputusan keputusan mahkamah tersebut membabitkan Parlimen Kuala Terengganu dan Marang.
Pada masa sama, jelasnya, Pas akan memfailkan rayuan dan mendapatkan perintah sementara untuk mengekalkan Ahli Parlimen yang ada dengan mengemukakan rayu ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat, mengikut undang-undang pilihan raya.
“Pemuda Pas juga sentiasa bersedia jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang membabitkan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu,” ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pas hilang satu kerusi Parlimen selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu semalam membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU15 lalu.
Namun dalam satu lagi petisyen, parti itu mengekalkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Marang yang dimenangi oleh Abdul Hadi. – UTUSAN