Pemuda MCA Kedah harap parti itu tidak disisihkan

Pemuda MCA Kedah harap parti itu tidak disisihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pemuda MCA di negeri ini meminta agar parti berkenaan tidak dipinggirkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan memperuntukan sekurang-kurangnya satu kerusi kepada mereka.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berkata, sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah wajar parti itu diberikan kerusi untuk ditandingi.

“Atas semangat konsep Kerajaan Perpaduan, semua parti termasuk MCA dan MIC harus diberi peluang untuk meletak calonnya di Kedah walaupun kedua-duanya telah gagal menang sebarang kerusi pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15 tahun lalu, MCA kalah di kerusi Parlimen Alor Setar, sementara calon MIC di Padang Serai terpaksa menarik diri bagi memberi laluan kepada Pakatan Harapan (PH) selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Sementara di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika PRU14, MCA tewas di kerusi Kota Darul Aman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang.

Tai Jie berkata, mereka sedar PH dan BN akan menghadapi cabaran yang besar pada PRN akan datang yang mana semangat kerjasama harus dipupuk dalam kalangan parti.

“Ini akan menaikkan semangat semua ahli dalam parti Kerajaan Perpaduan. Rundingan dan pembahagian kerusi DUN perlus diselesai lebih awal bagi membolehkan parti fokus terhadap isu rakyat dan ekonomi negara. MCA bersiap sedia untuk menghadapi PRN yang akan datang.

“Sekiranya MCA diberi mandat untuk bertanding dalam PRN nanti, saya percaya MCA akan cuba sedaya upaya untuk bertahan di kerusi DUN tersebut pada PRN yang akan datang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya