PETALING JAYA: Pembangkang mungkin tidak berpeluang meneruskan usul persendiriannya kerana dijangka lebih banyak Rang Undang-Undang (RUU) serta laporan kerajaan akan dibahas dalam persidangan Dewan Rakyat, Selasa ini. Semasa persidangan terakhir Dewan Rakyat 25 Mei lalu, beberapa ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan perjalanan aturan mesyuarat dan usul-usul, kerana persidangan itu berakhir dengan hanya dua RUU sebelum Dewan Rakyat menangguhkan mesyuarat. Pembangkang ketika itu mempersoal jika Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai urusan kerajaan yang perlu dibentang dan mereka berpandangan, ada peluang untuk membahaskan usul persendirian bermula dengan cadangan Ahli Parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya