Pelantikan Pengerusi Felda amanah besar - Ahmad Shabery

Pelantikan sebagai Pengerusi Felda amanah besar – Ahmad Shabery

Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk membela dan memajukan warga peneroka.

Bekas menteri kabinet itu berkata, amanah itu akan digalas sebaik mungkin untuk mengangkat Felda ke persada dunia, seterusnya akan memberi impak positif dalam pembinaan negara dan bangsa. 

“Ia tidak mungkin dicapai tanpa dokongan kuat daripada kerajaan, warga Felda dan semua pihak yang terlibat dengannya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh (pengerusi Felda yang lama) atas segala jasa dan khidmat beliau kepada Felda selama ini.

“Insya-Allah kita akan memperkukuh dan menambah baik legasi beliau demi kepentingan warga Felda keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya dan akan memanfaatkan semua pengalaman yang ada selama ini untuk memajukan masyarakat Felda.

Semalam, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu diumumkan menjadi Pengerusi Felda yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Felda menerusi satu kenyataan  memaklumkan pelantikan tersebut akan meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya