ENTAHLAH, agaknya memang zaman sekarang ramai wanita sudah tak kisah kalau dirinya secara terbuka dilabel sebagai penyondol suami atau kekasih orang.
Kadangkala menggeleng kepala juga Cik Bunga dibuatnya. Sudah hilang rasa malu barangkali. Kali ini terjadi pula kepada seorang pelakon wanita usia 40-an yang juga berstatus ibu tunggal yang mana, kekasihnya yang masih bujang cuba digoda oleh seorang artis wanita.
Rasanya, semua orang tahu pelakon wanita ini memang secara terbuka berkongsi dan mengaku mengenai hubungan cintanya dengan pelakon lelaki tersebut. Semua okey sahaja dan peminat pun merestui saja hubungan mereka.
Namun, nampaknya ada juga rakan artis yang sengaja nak menguji kesabaran si pelakon wanita ini bila kekasihnya sering mengadu, artis wanita berusia 30-an ini cuba-cuba mendekatinya.
Bukannya dia tak tahu mengenai hubungan mereka, tetapi si artis ini macam tak peduli, nak juga cuba nasib agaknya kot kot boleh sailang kekasih orang.
Sampaikan, pelakon wanita ini terpaksa sering menemani teman lelakinya ke mana-mana termasuk ke majlis atau acara hiburan disebabkan bimbang wanita itu akan menghimpit dirinya. Masalahnya, Cik Bunga tak faham juga kenapa artis wanita itu nak cuba goda juga kekasih orang ya? Apa masalah dia ya?
Sudah-sudahlah ada banyak lagi orang bujang lain boleh digoda. Lebih baik berhentilah buat perangai begitu..