Pelajar tahfiz hilang dalam kebun getah - Utusan Malaysia

Pelajar tahfiz hilang dalam kebun getah

OPERASI mencari dan menyelamat seorang remaja yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, Gerik. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai di sini semalam.

Difahamkan, kali terakhir Muhammad Naufal Adzimi Mohd. Harris, 17, yang juga pelajar sebuah sekolah tahfiz di sini, dilihat bapanya ketika dia keluar rumah untuk menunaikan solat subuh.

Mangsa yang dikatakan mengalami gangguan emosi itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan.

Usaha mencari remaja terbabit telah menemukan motosikal jenis Yamaha Y15Z yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.33 pagi tadi.

Katanya, operasi ditangguhkan sehingga pagi ini berikutan keadaan gelap dan sempit selain tiada liputan Government Integrated Radio Network (GIRN).

“Fokus pencarian melibatkan kawasan seluas dua kilometer dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemui.

“Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) telah tiba di lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya