Pelajar Sarjana Pendidikan Pengurusan Sukan UKM anjur bengkel Taekwondo

Pelajar Sarjana Pendidikan Pengurusan Sukan UKM anjur bengkel Taekwondo

PARA peserta dan sekretariat bergambar sempena program 'UKM Taekwondo Self-Defense Workshop 2023' yang dianjurkan di UKM, Bangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Penuntut Kursus Sarjana Pendidikan Pengurusan Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan program ‘UKM Taekwondo Self – Defense Workshop 2023’ yang melibatkan 32 peserta dalam kalangan warga setempat, pelajar sekolah dan warga UKM.

Program anjuran syarikat yang ditubuhkan pelajar Sarjana Pendidikan Pengurusan Sukan, Syarikat Incredible Sport Event dirasmikan oleh Pensyarah Kursus Prosedur Pengurusan Sukan merangkap penasihat program Dr. Wan Ahmad Munsif Wan Pa.

Bengkel tersebut merupakan inisiatif daripada Taekwonmas Academy untuk memberi pendedahan mengenai teknik-teknik atau cara yang betul untuk mempertahan diri terutamanya gangguan daripada pihak yang tidak diingini.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Master Chauw Proom Wichit A/L Erom dan Master Dr. Ester Salimun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya