Pekerja kilang ayam patah tangan akibat ‘tahi’ jentera padi - Utusan Malaysia

Pekerja kilang ayam patah tangan akibat ‘tahi’ jentera padi

RAZALI Saad (kiri) melawat Muhammad Azrein Puri yang patah tangan selepas melanggar sisa lumpur dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Kangar, Perlis, pada Sabtu lalu. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pekerja kilang ayam patah tangan selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sisa lumpur atau ‘tahi’ jentera padi dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Azrein Puri, 35, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Empat, di sini, pada pukul 11 malam sebelum melanggar sisa lumpur berkenaan.

Muhammad Azrein berkata, ketika kejadian, dia tidak melihat dengan jelas sisa lumpur yang ditinggalkan jentera padi tersebut di bahagian kiri jalan lalu melanggarnya dan terus hilang kawalan sehingga terbabas.

“Kawasan yang dilalui itu juga sedikit gelap dan motosikal yang ditunggang tidak dapat dikawal selepas melanggar sisa lumpur berkenaan lalu menyebabkan kemalangan disebabkan hilang kawalan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat, Razali Saad meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pemuda berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Azrein berkata, berikutan kemalangan itu, dia mengalami patah tangan kanan dan cedera ringan di bahagian tangan kiri dan kaki.

Katanya, kejadian itu turut menjejaskan pendapatan hariannya memandangkan tidak dapat bekerja.

“Saya perlu pulih dahulu baru dapat bekerja seperti biasa dan keadaan ini sedikit sebanyak membebankan kerana saya perlu menyara seorang ibu yang mengidap strok,” katanya.

Tambahnya, dia juga berharap agar isu sisa lumpur padi itu dapat diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib bagi menggelakkan pengguna lalu lintas lain berdepan risiko sama.

“Isu ini bukannya perkara baharu dan saya harapkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan kerja sambil lewa ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya