Pejabat JSJ IPK Perak terbakar - Utusan Malaysia

Pejabat JSJ IPK Perak terbakar

TANGKAP layar rakaman video keadaan kebakaran di bangunan IPK Perak di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Jalan Sultan Iskandar di sini dilaporkan terbakar sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku di tingkat dua pejabat JSJ dengan anggaran kebakaran sekitar 40 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 3.14 petang.

“Buat masa sekarang, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya