Pas Terengganu tunggu masa keluar peluru serang lawan - Utusan Malaysia

Pas Terengganu tunggu masa keluar peluru serang lawan

AHMAD Samsuri Mokhtar berselfie bersama peserta Program Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Kebangsaan Terkait Polisi dan Urus Tadbir di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas Terengganu menunggu masa yang tepat sebelum mengeluarkan lebih banyak ‘peluru’ untuk menyerang pihak lawan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua strategi telah diatur supaya setiap serangan itu nanti akan melemahkan musuh sekaligus memastikan kemenangan bergaya Pas di Terengganu.

“Masa nak perang lah, baru kita keluarkan peluru (pelbagai salah laku pentadbiran UMNO).

“Ada lah strateginya nanti. Banyak lagi simpan dalam poket ni. Semua peluru tu ‘buah’ akhir (akan ditimbulkan pada kempen PRN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Pas dilihat masih berdiam dan tidak menjawab setiap isu yang dibangkitkan oleh UMNO terutama berkaitan pemilikan tanah strategik di pusat bandar Kuala Terengganu.

Terdahulu, Ahmad Samsuri merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Kebangsaan Terkait Polisi dan Urus Tadbir yang dihadiri mahasiswa dari lapan universiti awam seluruh negara di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima aduan berhubung penjualan tanah yang didakwa UMNO mempunyai ‘konflik kepentingan’ antara barisan kepimpinan negeri dengan persatuan isteri wakil rakyat di Terengganu.

Tidak lama selepas itu, sebuah portal sekali lagi membangkitkan isu kelulusan tanah seluas 14,355 meter persegi bernilai RM11.84 juta kepada sebuah koperasi milik pemimpin Pas.

Tanah strategik di Kuala Ibai itu didakwa dijual kepada Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Terengganu Berhad (Kokhidmat) dengan harga yang lebih murah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya