Parlimen Sekijang agih daging korban

Parlimen Sekijang agih daging korban buat asnaf, anak yatim, warga emas

DR. ZALIHA Mustafa turut membantu serta beramah mesra dengan penduduk Sekijang dalam program korban peringkat Parlimen Sekijang, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha peringkat Parlimen Sekijang bermula hari ini sehingga esok.

Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Dr. Zaliha Mustafa, agihan daging korban akan dibuat kepada golongan asnaf, anak yatim dan warga emas berkeperluan pusat pentadbiran Parlimen Sekijang itu. 

“Lembu korban berkenaan adalah sumbangan Kerajaan Madani, saya secara peribadi, penduduk dan badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Program ini dengan kerjasama kira-kira 600 penduduk sekitar Sekijang,” katanya ketika ditemui di Majlis Korban Madani di Surau Abdul Al-Kader Batu Tiga, Kampung Jawa, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Surau Abdul Al-Kader, Syukor Mesiran.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, umat Islam perlu menghayati erti ibadah korban dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Semua haiwan ternakan korban tersebut diagihkan kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan NGO yang melaksanakan ibadat korban dalam kawasan Parlimen Sekijang.

Sebelum beredar, Dr. Zaliha sempat meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman bersama penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya