PARLIMEN: Hanya 0.01 peratus tebus PTV

PARLIMEN: Hanya 0.01 peratus tebus PTV

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya 490 orang daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang menebus baucar Perlindungan Tenang (PTV) sejak ia diperkenalkan.

Maka sebab itu, pelan tersebut diteruskan dengan program mySalam yang dilihat lebih memberi manfaat kepada penerima sejak 2019.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan terus komited menyediakan skim perlindungan sosial pada tahun ini meskipun tiada lagi PTV berikutan ia kini berada di dalam semakan Bank Negara Malaysia (BNM).

“MySalam bukan nak tinggalkan terus PTV ini, bila kata Bank Negara buat kajian, dari 8.676 juta orang yang terima baucar ini, yang diuruskan 4.9 juta orang, baru 0.01 peratus.  490 orang sahaja yang mendapat faedah daripada 354 juta insurans.

“Ia terlalu sedikit yang dilindungi dengan PTV ini, jadi kita teruskan dengan MySalam sejak 2019. Had umur dari 21 tahun hingga 65 tahun, kita beri RM8,000 untuk 45 penyakit kritikal dan jika masuk wad RM50 sehari, maksimum 14 hari, maksimum RM700.

“Kita juga teruskan program Peka B40, khairat kematian, mana-mana yang terima Sumbangan Tunai Rahmah dan meninggal dunia warisnya akan dapat RM1,000 menerusi Bank Simpanan Malaysia (BSN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kita tidak teruskan PTV kerana cuma 0.01 peratus sahaja Tuan Speaker,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Pang Hok Liong (PH-Labis) meminta meminta menteri menjelaskan apakah kerajaan berhasrat memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya