Dewan Rakyat kecoh Shahidan gesa tukar kerajaan

(PARLIMEN) Dewan Rakyat kecoh Shahidan gesa tukar kerajaan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat kecoh apabila ahli Parlimen Kerajaan bangun mencelah ketika Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan supaya pertukaran kerajaan dibuat. 

Shahidan pada ketika itu sedang membahaskan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) dan menjelaskan bahawa haknya telah dicabul sebagai ahli parlimen. 

Katanya, sehingga hari ini ahli parlimen Perikatan Nasional masih belum memperoleh peruntukan dan hanya disalurkan kepada pemimpin kerajaan perpaduan sahaja. 

“Wahai rakyat, tukar kerajaan sekarang untuk beri keadilan pada semua. Kalau kita memerintah kita nak pastikan ahli parlimen dapat peruntukan yang sama. 

“Penyamun! jelas Shahidan kepada ahli parlimen PH. 

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudiannya bangun dan membalas kembali dengan menyebut ‘penyangak, penyamun,perompak’. 

“Orang selangor tidak boleh terima orang macam ini. 

“Siapa penyamun? Awak berkawan dengan penyamun. Tak ada bahasa, tak ada adab,” marah Sany. 

Tindakan itu jelas Shahidan lagi, ia tidak patut dilakukan sebagai seorang ahli parlimen kerana haknya dicabul apabila tidak membenarkan Sany mencelah, ahli parlimen berkenaan tidak mengendahkannya, dan bangun mengganggu perbahasan Shahidan.

“Saya tak bagi, Tak bagilah. Kamu tunggu masa kamu. Ini peruntukan tak bagi, yang tu pula bangkit tak berhenti,” katanya. 

Malah jelas Shahidan lagi, peruntukan sepatutnya diberikan kepada semua ahli parlimen tidak kira kerajaan dan pembangkang, dan PN akan bertindak adil jika memerintah. 

Kerajaan sekarang kerajaan madani, kerajaan perpaduan. Dimana ada peraturan awak tahan kami punya peruntukan? Dimana? 

“Dimana ada peraturan yang peruntukan ni untuk PH sahaja? Kami tidak ada? Kita akan buat laporan nanti,” tegasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN