PANTAI Stulang Laut di Johor Bahru bukan sahaja menjadi lokasi riadah bagi warga bandar raya, malah sebagai port ribuan burung merpati ‘berkelah’.
Selain menyaksikan panorama Selat Tebrau yang menghadap ke Singapura, pengunjung pasti teruja memberi makan kumpulan burung tersebut.
Kehadiran ribuan burung merpati di pantai tersebut turut menjadi tarikan seolah-olah seperti berada di Trafagar Square di London atau di Mekah.
Sebelum ini, pantai itu hanya dikunjungi ratusan burung merpati, namun kini jumlahnya semakin bertambah apabila ramai pengunjung memberi makananan seperti kacang hijau, sekoi dan beras. – UTUSAN