Bukit Ampang di Hulu Langat, Selangor, kini menjadi lokasi tinjau kian popular bagi mereka yang ingin menyaksikan panorama menarik seperti matahari terbenam atau bulan mengambang penuh.
Malah, di puncak bukit ini juga pengunjung dapat melihat dengan jelas Menara Berkembar Petronas (KLCC) jika cuaca tidak berjerebu.
Selepas senja berlabuh, ramai juga pengunjung yang kebanyakannya warga kota meluangkan waktu bersama keluarga di Bukit Ampang ini bagi merasai tiupan angin malam yang dingin, menghilangkan bahan panas El-Nino yang melanda negara ketika ini. – UTUSAN