Pameran SmartHeart tawar diskaun hingga 30 peratus

Pameran SmartHeart tawar diskaun hingga 30 peratus

MENTERI Majlis Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand (DiTP), Worawan Wanwil (kiri), Jeffrey Heng (tengah), dan Chloe Ng pada Majlis Pelancaran Fly with Smartheart, di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pameran SmartHeart SmartPet 2023 menawarkan promosi mega diskaun sehingga 30 peratus bagi produk makanan haiwannya selama lima hari bermula Rabu lepas di Mid Valley Megamall, di sini.

Pameran yang diadakan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada orang ramai.

Pengurus Besar Perfect Companion Malaysia (PCG), Chloe Ng berkata, ia pameran pertama sejak tiga tahun lalu selepas berehat panjang disebabkan pandemik Covid-19. 

Katanya, pameran kali ini juga pertama kali  diadakan di kawasan terbuka dan luar daripada dewan pameran untuk bertemu dengan orang ramai.

“Selain 30 peratus diskaun ditawarkan, banyak aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung dan mereka berpeluang mendapatkan hadiah percuma, sampel produk dan banyak lagi,” katanya.

Menurut Chloe, pihaknya juga melakukan pameran yang sama dengan skala lima kali ganda lebjh besar di pusat beli-belah Tropicana Garden pada 19 Julai ini.

“Ia diikuti pameran sama pada 23 Ogos di KL East Mall,” katanya.

Produk SmartHeart menggunakan bahan premium dalam membantu merawat masalah kesihatan dihadapi haiwan kesayangan seperti masalah kulit, penghadaman dan berat badan berlebihan.

Melalui Pameran SmartHeart SmartPet 2023, orang ramai boleh membeli pelbagai rangkaian makanan haiwan peliharaan di bawah jenama SmartHeart iaitu SmartHeart Cat, SmartHeart Dog, SmartHeart Gold, SmartHeart Hamster, SmartHeart Rodent, SmartHeart Bird dan REFINE Premium Wet Food untuk kucing.

Pada masa sama, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi SmartHeart untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 30 peratus serta berpeluang mengumpul mata ganjaran untuk ditebus nanti.

Melalui aplikasi itu, pengguna boleh menyertai Pertandingan Fly with SmartHeart yang sudah bermula sejak 15 Jun lalu hingga 30 September ini untuk memenangi pakej percutian ke Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya