PERMAINAN ‘boling buah nyok’ antara aktiviti yang menarik perhatian dalam program sukan rakyat sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-80 bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang, Perlis, baru-baru ini.
Sekumpulan kanak-kanak mempamerkan kehebatan masing-masing dengan melempar buah kelapa berkenaan bagi menjatuhkan botol di hadapan mereka.
Permainan ‘boling buah nyok’ adalah antara sukan rakyat yang popular di Perlis dan menjadi permainan yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat di negeri itu.
Pelbagai lagi aktiviti lain diadakan sempena sukan rakyat tersebut yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak. – UTUSAN