Operasi kesan seorang lagi mangsa lemas Pantai Bagan Lalang disambung esok

Operasi kesan seorang lagi mangsa lemas Pantai Bagan Lalang disambung esok

DUA kanak-kanak ditemukan lemas selepas mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 30an yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang, di sini bersambung esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, selepas lima jam carian sejak pukul 3 petang tadi, pasukan penyelamat gagal menemukan mangsa.

Beliau berkata, operasi SAR terpaksa ditamatkan malam ini disebabkan cuaca gelap dan keadaan tidak mengizinkan.

“Sebelum ini, dua kanak-kanak disahkan lemas dan mayat mereka ditemukan orang awam dan nelayan sekitar pukul 2.30 hingga 3 petang tadi.

“Dua kanak-kanak berkenaan adalah adik-beradik, manakala lelaki yang masih hilang itu pula tiada kaitan dan hubungan persaudaraan dengan kedua-dua mangsa,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa lemas dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi kenyataan berkata, insiden lemas dilaporkan berlaku di Sungai Sepang Kechil.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.57 petang.

“Berdasarkan maklumat, dua mangsa lemas berusia sembilan dan tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas, manakala seorang lagi lelaki masih hilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya