OKU kudung kaki maut motosikal bertembung

OKU kudung kaki maut motosikal bertembung

KEADAAN motosikal jenis Honda Dash 125 ditunggangi Mohd. Azman Mat Salleh setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Rawai-Padang Limau Nipis dekat Kampung Bukit Damai, Bukit Payung, Marang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki yang kudung kaki kanan maut setelah motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Jalan Rawai-Padang Limau Nipis dekat Kampung Bukit Damai, Bukit Payung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, orang kurang upaya (OKU) itu, Mohd. Azman Mat Salleh, 43, dari Jalan Taman Desa Salam, Kampung Padang Limau Nipis di sini meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.45 malam berhubung kemalangan maut melibatkan motosikal jenis Honda Dash 125 dan Yamaha LC135 yang bertembung di lokasi tersebut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang Honda Dash 125 dari arah Kampung Rawai menghala ke Kampung Padang, Limau Nipis terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, motosikal mangsa bertembung motosikal ditunggang Mohamad Zulkifli Suparman, 32, bersama anak perempuannya yang berumur empat tahun. Mangsa yang tidak bekerja disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya