Nombor plat FF1 milik Sultan Johor, kutipan kerajaan meningkat ke RM35.4 juta - Utusan Malaysia

Nombor plat FF1 milik Sultan Johor, kutipan kerajaan meningkat ke RM35.4 juta

ANTHONY Loke Siew Fook menghadap Sultan Ibrahim bagi mempersembah simbolik penyerahan nombor plat kenderaan FF1. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nombor pendaftaran kenderaan bagi siri Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu ‘FF1’ adalah milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini berserta beberapa gambar mengenainya yang turut dikongsi di platform media sosial itu.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Pada pertemuan itu, Siew Fook turut mempersembah secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim yang membida dengan tawaran tertinggi.

Sebelum ini, media melaporkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ‘FF’ mencatatkan hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta.

Sementara itu, Siew Fook di Facebooknya berkata, Sultan Ibrahim berkenan membayar RM1.2 juta kepada kerajaan untuk nombor khas itu.

“Bayaran ini merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

“Bayaran ini menjadikan kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN