Naratif songsang dicipta untuk hilangkan keyakinan terhadap BN

Naratif songsang dicipta untuk hilangkan keyakinan terhadap BN

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pihak lawan didakwa menggunakan media sosial untuk mencipta naratif songsang yang melampau bagi mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, strategi sama telah digunakan oleh mereka pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Justeru, beliau mengingatkan ahli UMNO di Kedah khususnya agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi berkenaan yang dibuat melalui media sosial.

“Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini adalah mainan naratif songsang dan persepsi buruk melampau di media sosial oleh pihak lawan.

“Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini juga tidak terkecuali strategi yang sama juga sedang digunakan mereka untuk sekali lagi mengelirukan pengundi,” katanya pada Majlis Taklimat Persiapan PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengingatkan ahli parti agar tidak lagi berpolemik dengan isu sejauh mana perjalanan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, PRN kelak adalah masa untuk menentukan kemenangan bersama sekaligus mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan di peringkat Pusat.

“Saya mengharapkan sokongan mutlak daripada ahli-ahli UMNO, semangat saya seorang sebagai ketua tak cukup, saya perlukan sokongan dan kerjasama daripada semua. Ahli-ahli UMNO sendiri jangan kalih ke lain dan sesiapa sahaja yang ditentukan oleh parti untuk jadi calon nanti hendaklah kita sokong sepenuhnya,” katanya.

Kata Mahdzir, Kedah juga bakal menjadi tumpuan seluruh negara berbanding PRN di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Ini kerana kata beliau, keputusan PRN di lima negeri tersebut sudah boleh dijangka berbanding di Kedah yang mana pengundinya lebih dinamik dan bijak dalam membuat penilaian.

“UMNO dan BN masih ada harapan untuk mencatat kemenangan dalam PRN kali ini berdasarkan situasi semasa sekarang yang agak berbeza sedikit dengan PRU lalu.

“Kita yakin boleh kalih semula Kedah, sebab Kedah adalah ‘swing state’ yang mana rakyat Kedah cerdik dalam memilih. Jadi jika kita masuk dalam pilihan raya kali ini dengan cara yang betul dan tepat maka kita boleh menang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya