Nagarajan stabil, dirawat di HCTM UKM

Nagarajan stabil, dirawat di HCTM UKM

 RJ NAGARAJAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendaki Malaysia, RJ Nagarajan yang berjaya menakluk puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter menerusi misi program ZeroTo8000, dilapor dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM). 

Pejabat Pro Naib Canselor UKM memaklumkan, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, disambut pasukan perubatan HCTM dan dipindahkan terus ke hospital menggunakan ambulans. 

“Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada pukul 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi Pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.

“Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa,” katanya dalam kenyataan. 

Sebelum ini, media melaporkan, Nagarajan mendapatkan rawatan di Hospital Kathmandu setelah diselamatkan beberapa malim gunung atau sherpa selepas mengalami simptom buta salji ketika dalam perjalanan turun dari puncak tertinggi dunia itu. 

Simptom yang terjadi kesan pantulan pancaran sinar matahari ke atas salji itu menyukarkan penglihatan dan membataskan pergerakan turun. 

Selain itu, belia turut mengalami radang dingin di kedua-dua tangan dan kaki serta pipi kesan cuaca sejuk ekstrem melebihi – 40 darjah Celcius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya