Musolla Malakat Mall tidak dapat kelulusan solat Jumaat

Musolla Malakat Mall tidak dapat kelulusan solat Jumaat

MUSOLLA di Malakat Mall, Cyberjaya tidak mendapat kelulusan untuk solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Musolla yang beroperasi di ruang tingkat atas Malakat Mall di sini, tidak mendapat kelulusan untuk solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Arahan itu dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang yang memaklumkan, sebarang pelaksanaan solat Jumaat tanpa kebenaran pihak berkuasa agama adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 97(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS 2003).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai diminta untuk mendirikan solat Jumaat di tempat yang ditetapkan iaitu Masjid Raja Haji Fisabilillah dan Masjid Cyberjaya 10.

Difahamkan, solat Jumaat di pusat beli-belah itu mula dilaksanakan sejak tahun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya