Mohamad Suparadi dilantik Pengerusi Lembaga Amanah MRC

Mohamad Suparadi dilantik Pengerusi Lembaga Amanah MRC

MOHAMAD SUPARADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Majlis Getah Malaysia (MRC)  baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun.

Berpengalaman luas dalam menerajui beberapa organisasi penting sebelum ini, beliau diyakini mampu membimbing MRC dan industri getah Malaysia ke arah pencapaian lebih tinggi.

Mengulas mengenai pelantikan itu, beliau menzahirkan komitmen untuk memajukan industri komoditi itu yang merupakan tonggak penting dalam ekonomi negara.

“Saya bersemangat untuk bekerjasama dengan pemain berkepentingan industri, agensi kerajaan dan rakan antarabangsa untuk mengangkat industri getah Malaysia ke tahap lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berterima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Menteri Perladangan dan Komoditi untuk memimpin MRC dalam memastikan kelestarian industri ini.

Mohamad Suparadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda ekonomi dari Universiti Malaya, pernah mengendalikan jawatan penting di beberapa organisasi seperti Pengerusi Tekun Nasional pada tahun 2018 dan Pengarah Eksekutif di Iris Corporation Berhad dari tahun 2004 hingga 2009.

Ini termasuk menerajui Yayasan Hijrah Selangor pada tahun 2021 dan memegang beberapa peranan penting dalam pelbagai industri selama dua dekad lalu.

Kepimpinan strategik beliau dan pengetahuannya dalam industri akan memainkan peranan penting dalam menavigasi dinamika yang kompleks ini, memastikan pertumbuhan berterusan industri getah Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya