Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah

Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah

OPERASI SAR Muhammad Hawari menggunakan dron berteknologi tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim ditamatkan hari ini susulan masalah dihadapi dron.

Pengurus Misi ME2023, Ayu Wanirah Naharudin memaklumkan, misi SAR itu sepatutnya berakhir esok, namun ia terpaksa dihentikan berikutan dron yang digunakan gagal menerima gambar dan video yang dirakam.

Beliau berkata, pihaknya menerima berita itu petang semalam daripada Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak yang kini berada di Everest Base Camp (EBC).

“Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari digunakan.

“Ketika ini, saya bersama seorang pendaki ME2023, Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu bagi meneliti gambar dan video yang dihantar.

“Gambar dan video itu akan diteliti menggunakan skrin besar bagi mendapatkan sebarang petunjuk sepanjang operasi SAR itu diadakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dua dron yang digunakan dalam operasi SAR ini adalah dari jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang dibawa dari Malaysia.

Ayu Wanirah berkata, pasukan operasi SAR diketuai Azim bersama seorang jurugambar dan dua malim gunung dijangka pulang ke Kathmandu hari ini.

Menurutnya, selain berdepan masalah dron, syarikat pengendali helikopter yang dilantik turut memanggil pulang juruterbangnya untuk pulang ke negara asal di Jerman.

“Masalah ini turut menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki sehari, namun atas faktor keselamatan mereka akur dengan arahan itu.

“Bagaimanapun, kami akan terus meneliti gambar dan video yang dirakam dan sekiranya mendapat petunjuk akan melakukan sesuatu dengan menerima nasihat dan pandangan dari semua pihak termasuk pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehar sebelum itu, pada pukul 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya