MBPJ runtuhkan struktur binaan atas longkang

MBSJ runtuhkan struktur binaan atas longkang

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menjalankan Operasi Bersepadu Peruntuhan Struktur Binaan atas longkang Jalan USJ 1/19 dan USJ 1/20, Taman Subang Permai, USJ 1, Subang Jaya.

MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, operasi itu dijalankan berikutan masalah longkang tersumbat dan bau busuk akibat kesukaran kerja pembersihan longkang oleh pihak kontraktor termasuk keadaan longkang yang kotor akibat pengeluaran sisa makanan dan minyak yang disalurkan terus ke longkang sehingga menyebabkan gangguan kepada kesihatan persekitaran.

Operasi itu dilaksanakan secara bersepadu oleh Jabatan dalaman MBSJ dan turut hadir bersama adalah Ar Kamarul Hisham bin Hj Yeop Hashim,
Ahli Majlis MBSJ Zon 4 dan pihak KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM).

Dalam operasi ini, sebanyak 25 premis komersial telah diambil tindakan dipecahkan slab/penutup lorong tanpa izin di bawah Seksyen 72(5) (6), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) selepas pemilik premis tersebut gagal mematuhi arahan notis pemberitahuan serta meruntuh dan mengosongkan bangunan yang telah dikeluarkan terdahulu.

Selain itu, dalam operasi ini tiga premis makanan (Restoran) telah diarahkan tutup serta merta dan dikenakan Notis Tawaran Kompaun (NTK) atas kesalahan dibawah Seksyen 5(2) UUK PM MBSJ 2007: 1 (penyediaan makanan dalam premis kotor), Seksyen 9(f) UUK PM MBSJ 2007: 1 (pengendali makanan tiada suntikan anti tifoid (TY2) dan Seksyen 34(1) UUK PEM MBSJ 2007: 1 (premis tidak menjalankan tindakan pest control).

MBSJ akan terus melaksanakan operasi berkala di setiap kawasan komersial dan pemilik premis juga diminta supaya tidak membuang sisa masakan ke dalam longkang dan tidak membina apa-apa struktur di atas permukaan longkang bagi kepentingan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya