PETALING JAYA: Mayat dipercayai bapa dan anak ditemukan terapung dalam tasik di Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.21 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima panggilan daripada orang awam.
Komander Operasi, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati dua mayat berada di dalam tasik iaitu seorang wanita dan seorang lelaki.
“Mangsa seorang wanita berusia 30 tahun terapung sebelum berjaya diangkat pasukan ke darat. Manakala seorang lelaki berusia 72 tahun tenggelam ditemukan anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN