Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang

MUSYIRI BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Niat murni seorang kakitangan Polis Bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) untuk membantu pemandu kereta yang rosak di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Menurut jurucakap JKSB, mangsa, Musyiri Bakar, 49, berada di kawasan berkenaan untuk membantu sebuah kenderaan Perodua Viva yang rosak di tepi jalan di KM11.6 dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung.

Bagaimanapun, katanya, sebuah lori lima tan dipercayai hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda (Hilux) menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kenderaan berkenaan tercampak ke lorong motosikal.

“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah motosikal yang turut melalui kawasan terbabit.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, pihak JKSB masih menunggu siasatan lanjut daripada polis berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan, jenazah Musyiri akan dibawa ke Masjid Jamek Tasek Junjung, Simpang Empat dekat sini untuk disolatkan dan dikebumikan selepas solat Asar petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya