Masih ramai tidak peka guna kod QR Prih@tinJkmMelaka

Masih ramai tidak peka guna kod QR Prih@tinJkmMelaka

KALSOM Noordin bercakap kepada pemberita ketika program Hari Bertemu Rakyat di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Orang ramai dilihat tidak memanfaatkan kod QR Prih@tinJkmMelaka bagi membolehkan sebarang aduan dan masalah dibuat terus secara dalam talian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, sejak inisiatif itu diperkenalkan oleh Mei lalu, tidak banyak aduan dikemukakan orang ramai melalui kaedah tersebut.

Beliau berkata, jika orang ramai atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan masalah atau aduan melalui kod QR, semua aduan dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

“Sejak kod ini dilancarkan ia belum mencapai tahap memberangsangkan kerana orang ramai masih tidak peka untuk menggunakannya.

“Mereka ini masih tidak dapat menerima kaedah yang diperkenalkan oleh JKM ke arah digital kerana ini lebih memudahkan urusan mereka tanpa perlu datang ke pejabat JKM,” katanya kepada pemberita ketika program Hari Bertemu Rakyat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kalsom berkata, cara untuk menyalurkan aduan adalah sangat mudah, di mana masyarakat hanya perlu mengimbas kod QR yang boleh didapati dalam laman sosial Facebook, JKM Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya