Masalah kesihatan mental rakyat meningkat tiga kali ganda

Masalah kesihatan mental kalangan rakyat meningkat tiga kali ganda

kesihatan
DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas semakin melarat dengan peningkatan hampir tiga kali ganda iaitu daripada 11 peratus pada 1996 kepada 29 peratus pada 2015. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 12 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental pada 2015.

“Begitu juga dengan insiden kanser dalam negara yang menurut Registri Kanser Kebangsaan, sebanyak 115,000 kes kanser baharu dilaporkan dari tahun 2012 hingga 2016,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam pada itu, kata Zaliha, sistem kesihatan negara berhadapan dengan peningkatan kadar penuaan populasi yang mana unjuran populasi oleh Jabatan Perangkaan menjangka pada 2030 nanti, Malaysia akan menjadi negara tua.

“Prevalen penyakit tidak berjangkit lebih tinggi dalam kalangan warga emas dan secara langsung permintaan penjagaan kesihatan juga meningkat,” katanya. 

Kata Zaliha, sistem penyampaian penjagaan kesihatan negara yang bersifat dikotomi dan tidak berintegrasi menyumbang kepada pengagihan perkhidmatan dan sumber-sumber kesihatan yang tidak seimbang di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya